Ikan Patung

'Ikan Patung (Malayan Leaf Fish) atau nama saintifiknya Pristolepis fasciatus. Ikan ini dipercayai hanya terdapat di Terengganu, Malaysia. Ikan patung hanya didapati di negeri Terengganu. Ia juga menjadi ikan hiasan di kolam masjid terapung. Ikan ini jenis berkumpulan, senang ditangkap sama ada dengan jala, pukat mahu pun joran. Ikan ini hidup di laut dan bertelur di sungai.Pada awal kemunculannya disangka ikan flower horn yang dilepaskan oleh kerajaan negeri Terengganu beberapa tahun lalu di sekitar Tasik Kenyir dan Sungai Terengganu, namun kejadian bentuk tubuhnya yang berbeza mungkin kerana ikan ini bersenyawa dengan ikan tempatan. Rupa bentuknya juga seakan-akan ikan puyu sehingga ada yang memanggilnya sebagai puyu kapak.Anak ikan dan benihnya dibawa ke serata Malaysia kemudian dipercayai hidup di Kedah dan beberapa daerah di Indonesia dan Thailand